Soal Jawab : Trend Bawa Balik Kekasih Tidur Di Rumah

Salam…

Sejujurnya, sebelum ni Ustaz Love jarang membaca kembali entry2 yang pernah Ustaz Love tulis.. bunyinya macam kelakar, baca entry sendiri.. tapi itulah yang Ustaz Love lakukan beberapa hari ni.. entry dah 800++.. tak sangka, Ustaz Love boleh menulis sebanyak itu.. kalau dulu, nak tulis cerpen, tapi satu perenggan je.. lepas tu dah malas nak sambung.. hehe..

Antara kebaikannya, Ustaz Love boleh semak balik entry2 yang Ustaz Love pernah tulis.. mana la tau ada kesilapan fakta ke.. dan yg lebih penting, entry2 tu dapat mengingatkan diri Ustaz Love sendiri.. bak kata orang, kita tengok cermin sbb nak tengok keadaan wajah kita.. bukannya wajah orang lain..

Juga, Ustaz Love telah terjumpa beberapa komen yang bertanyakan soalan.. Ustaz Love ingatkan dah jawab.. rupa2nya belum lagi.. Ustaz Love terlebih dulu ingin memohon kemaafan kerana terlewat.. sebab terlepas pandang.

Soalan ni daripada iqa..

“sekarang pun dah jadi mcm trend kekasih lelaki bawak balik kekasih perempuan untuk tidur di rumah si lelaki. boleh ke macam tuh?walapun memanglah, family si lelaki semua ada kat rumah, tapi elok ke kalau buat macam tuh?thanks“

Sebenarnya, trend ni bukan baru.. sejak Ustaz Love masih sekolah lagi, trend ni dah berkembang biak di kalangan pasangan2 bercinta (yg agak serius untuk melanjutkan perhubungan ke jinjang pelamin). Kerapkali bila Ustaz Love melepak kat umah jiran, nampak aweks yg Ustaz Love tak kenal.. rupa2nya bakal kakak ipar member.. dah jadi macam ahli rumah tu plak.. siap berkain batik (bukan kemban okeh).. Bila dah bleh pakai kain batik dalam rumah orang, kiranya dah macam sedara la kononnya.. Sebab kalau tetamu, biasanya dia pakai cantik2..

Trend sebegini adalah kurang sihat.. walaupun nampak mcm sopan santun gitew (bawak pasangan untuk dikenalkan dengan ibu bapa), namun ianya bukanlah satu tiket untuk melepak sampai tido kat situ. Sebab anak perempuan itu masih lagi bawah tanggungjawab ibu dan bapa perempuan itu (Ustaz Love sebut perempuan, sbb kebiasaannya perempuan yg selalu dibawa oleh lelaki untuk dikenalkan dengan keluarga lelaki.. dan tumpang tido kat umah tu untuk berkenalan dengan lebih rapat.. jarang pasangan lelaki yang tido di rumah pasangan perempuan nak berkenalan rapat dgn family pempuan.. bukan takde, tapi jarang2).

Maka, perempuan itu sebenarnya tak wajar untuk bermalam di rumah bakal mentua.. sekalipun ada adik beradik dan sanak saudara yang lain. Ini kerana, pintu untuk berlakunya perbuatan khalwat sangat mudah terjadi. Banyak kes2 yang berlaku (kes rogol, zina, cabul dsb) terjadi bila pasangan dibawa untuk dikenalkan dengan keluarga.. lalu menginap di situ.. bila family tu keluar gi kenduri ke, gi pasar malam ke, maka pintu maksiat terbuka luas kepada pasangan yg dahaga itu..

Adalah lebih manis lelaki / perempuan itu membawa mak ayahnya untuk dikenalkan dengan bakal besan mereka.. itu lebih selamat.. bila dah akad nikah esok, nak tido kat umah mertua berapa lama pun tak kisah..

Apa yang sebaliknya berlaku, sebelum bernikah, beria2 nak tido kat umah pasangan untuk berkenalan dengan family bakal mertua dengan lebih rapat.. tapi bila dah bernikah, tak boleh plak nak singgah lama2 kat rumah mertua.. bak kata orang, punggung tak panas lagi dah nak balik..

Hubungan pernikahan ini sebenarnya bermatlamat jangka panjang.. bukan main celup2 gitu.. masa dah nikah esok la baru belajar mengenali sikit2 tentang family mertua.. sebelum bernikah ni, belajar amik hati.. jaga akhlak.. orang tua ni kadang2 bukan suka sangat anak lelaki dia bawak balik pempuan, tapi sebab tak nak kecikkan hati anak2 dia, dia diamkan je dan berpurak2 gembira.. kita plak dok sangka yang family bakal mertua tu suka kita bertandang ke rumah diorang walaupun takde apa2 ikatan yg sah (ikatan yg sah maksudnya ikatan pernikahan.. ikatan pertunangan itu belum dikira ikatan yg sah).

Itu belum masuk bab jaga aurat, jaga pandangan, jaga pergaulan dsb.. haram bersalam dengan bakal bapa mertua.. tapi, kalau tak salam nampak plak kuang aja.. kalau salam, berdosa plak.. dah kita pandai2 serah diri datang ke situ, nak pening2 kepala apanya?

sumber : ustazlove

News Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *